Pages

Saturday, August 29, 2009

Kebetulan atau hanya perasaan..

Assalamualaikum. Entri kali ini amat mengharapkan balasan daripada para pembaca sekalian. Aku sering kali merasakan yang hari-hari kita lalui pada hari ini seperti telah berlaku sebelumnya. Adakah korang pernah merasakan seperti apa yang aku rasa ini. Sebelum aku memulakan sesuatu, aku berfikir sejenak,"eh! bukan ke benda ni macam pernah aku buat je". Namun ternyata bahawa ianya adalah kali pertama aku melakukannya. Jadi macam mana pula aku boleh merasakan hal itu telah berlaku sebelumnya. Ini adalah sesuatu yang pelik bukan.

Aku merasakan bahawa minda kita telah mensimulasikan apa yang akan kita lakukan pada esok hari berdasarkan pengalaman kita pada hari yang sebelumnya. Itulah apa yang aku dapat simpulkan daripada perkara pelik yang sering berlaku kepada aku. Hah bercerita pasal perkara ni, dua cabaran besar yang telah aku alami baru-baru ini juga telah aku merasakan ianya macam pernah berlaku kepadaku walaupun ianya tidak pernah berlaku.


Otak kita ni sesungguhnya sesuatu yang menakjubkan kerana mampu meramalkan apa yang akan berlaku kepada kita pada esok hari dengan hanya berbekalkan pengalaman kita pada hari ini. Namun hal ini masih lagi menjadi misteri kerana tidak terdapat penjelasan yang jelas mengenainya dari kaca mata saintifik. Oleh itu, aku masih lagi tertanya-tanya ianya kebetulan atau perasaan atau lebih jauh lagi daripada itu.

ternyata Ilmu ALLAH itu sesuatu yang luas dan tiada penhujungnya.. Subhanallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...