Pages

Tuesday, December 15, 2009

Apa hal ni??

Baru2 ni aku ada tgk cite pasal seorang doktor yg ada keupayaan untuk menaikkan peratus peluang untuk hidup drpd 0.1% menjadi 100%. Tajuk drama 2 Iryu: Team Medical Dragon. Kalau tgk cite ni mesti ramai yg tak percaya punya. Sbb cite ni lebih kurang siri black jack.

Tapi aku sarankan kepada semua kawan2 aku yg bakal jd doktor untuk tgk cite ni supaya diorng tahu makna sebenarnya untuk jadi doktor. Aku ambik sepatah kata dr cerita ni..


"Jika ada seorang pesakit di hadapan aku, aku akan rawat dia walaupun dia adalah musuh aku sekali pun. Itulah tanggungjawab seorang doktor!"


Mula2 aku tgk cite ni, mana ade doktor yg mcm ni, tapi bila aku tgk cite ni aku harapkan ada doktor yg mcm Asada Ryuutaro. Dia seorang pakar bedah jantung yg dianggap genius sebab boleh membuat apa sahaja pembedahan dan melakukannya dengan pantas dan tepat. Lgpun dia punya Way of a doktor dia sangat berbeza dengan doktor yg ada sekarang sebab dia hanya nak menyelamatkan nyawa pesakit dan bukannya duit seperti doktor yg ada sekarang ni.

Dalam dunia sekarang ni, aku rasa mana ade doktor yg sanggup melakukan rawatan tanpa mendapat pendapatan lumayan. Sebagai contoh, mereka yg bekerja di hospital swasta meletakkan bayaran yg sangat mahal untuk melakukan pembedahan walaupun pembedahan itu mudah.

Aku tertanya-tanya adakah pekerjaan seorang doktor yg dahulunya dianggap mulia telah bertukar menjadi sumber pendapat yang lumayan. Adakah nyawa seorang manusia itu menjadi sumber perniagaan dan kekayaan orang lain? Adakah nyawa dan kesihatan manusia menjadi emas kepada meraka yg rakus di luar sana?

Aku ingin bertanya kepada semua bakal doktor diluar sana.. Apakah sebab sebenarnya mereka hendak menjadi seorang doktor. Adakah ianya sebab duit yg mereka boleh dapat? adakah sebab ingin mendapat nama di kalangan adik-beradik dan mengikut kehendak ibu bapa? Adakah sebab jawatan doktor semakin kurang dan peluang untuk anda dpt kerja cerah?


Kalau itu sebabnya aku nasihatkan supaya anda berhenti menjadi doktor sebab anda tak layak menjadi doktor!

Jadilah doktor demi orang yang memerlukan anda!


目の前に患者がいたら手を差し伸べ。それが医者だ!


Wednesday, September 2, 2009

Satu Mimpi..


Kadang-kadang kita merasakan apa yang berlaku kepada kita hanyalah satu mimpi. Mimpi yang indah kita simpan dalam hati dan mimpi yang buruk kita ingin buang ia jauh dari ingatan kita. Namun, adakah hidup kita ini hanya satu mimpi? Kalau ianya adalah mimpi, ingin ku cipta mimpi-mimpi yang indah belaka dan mimpi buruk akan ku jauhkan dari diriku. Bolehkah perkara itu dilakukan oleh kita.

Sebenarnya hidup kita bukannya seperti mimpi yang boleh kita ubah sesuka hati kita. Hidup kita adalah satu penjalanan yang penuh dengan cabaran dan halangan yang perlu kita tempuhi. Aku sendiri telah mengalami pelbagai cabaran di dalam tempoh yang singkat sehinggakan mampu mengugat keimanan aku kepada Allah S.W.T. Aku bersyukur kerana diuji oleh ujian yang sangat besar ini kerana Allah ingin aku kembali ke jalan yang lurus selepas aku terpesong jauh daripadanya. Ya Allah! ampunilah dosa hamba-MU ini.

Walaupun hatiku tetap merasakan yang ianya hanya seperti mimpi buruk yang harus aku hapuskan dari ingatan aku, namun aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka dan terus menuju ke hadapan demi mencapai impian dan cita-citaku yang aku dambakan selama ini. Kepada mereka yang mengalami nasib sepertiku janganlah bersedih kerana bukan kamu seorang sahaja yang mengalami mimpi yang buruk.

Tuesday, September 1, 2009

Kaca mata Pemuda

Bangun pagi-pagi je rumah aku dah bising. Aku baru je nak tido sedap2 ni. Apa la adik aku ni. Tak ada keja lain la 2. Nak buat macam mana kena la bangun kan. Aku bangun dengan keadaaan yang masih mamai dan mencari dimana handphone aku yang canggih tp tak berapa canggih 2. Bila dah jumpa, aku buka la dan terperajat aku. Ingatkan baru pukul 8 pagi rupanya dah tengah hari. Patut la riuh rendah rumah aku ni. Huhu.. rupanya aku yang terlajak tidur, tidur mati la katakan. Kalau ada gempa bumi, mesti tak bangun juga punya la. Bangun dari tidurnya mak aku dah panggil, "Ya mak, dah bangun dah", aku jawab. Mak aku kata,"Hah! elok la dah bangun dah, pergi mandi kita nak pergi Alor Setar kejap lagi ni". Hah! ala hari-hari cuti yang best macam ni pula la mak aku nak pergi beli belah. Ape boleh buat ikut je la.

Sampai je dekat Alor Setar 2, mak oiii ramainya orang macam ade pesta la pula. Lupa la aku ni, hari ni kan hari Kemerdekaan mesti la ramaikan. Tapi yang aku tengok, bukannya ramai nak pergi tengok perarakan, tapi ramai yang nak pergi shopping. Almaklum la raya kan dah dekat. Haii baru seminggu puasa dah siap beli barang raya. Dahsyat betul orang Malaysia ni kan. Selepas membeli belah di Giant, family aku pergi la pula ke Pekan Rabu. Kat sini lagi dahsyat, sesak dengan ramai orang. Aku dah penat berjalan jadi aku ambik keputusan nak duduk dalam kereta je la. Sedang asyik menunggu kat dalam kereta 2, aku cuba perhatikan sikap orang Malaysia ni, suka buang sampah merata-rata, letak kereta suka hati dan macam-macam lagi la. Ni la yang mantan Perdana Menteri kita kata dulu "Melayu mudah lupa" tapi bagi aku sekarang bukan masalah melayu lagi dah tapi "Malaysia mudah lupa".

Bagi aku la kan, sejauh mana dan sehebat mana la pun kempen yang cuba dilaksanakan macam kempen 1 Malaysia ni, kalau pemikiran rakyatnya tidak dapat diubah, semua itu tiada maknanya. Kalau kita nak ubah sikap kita, pemimpin haruslah tunjukkan teladan yang baik kepada rakyat supaya rakyat dapat ikut. Ini tidak, sudah la merebut-rebut jawatan tertinggi, suka ambik rasuah dan macam-macam lagi. Bila orang kata orang Malaysia antara pengambil rasuah tertinggi di dunia, mula la nak menuding jari. Itu bukan caranya, zaman Para Sahabat dahulu, masa nak jadi pemimpin, mana ada orang yang nak menawarkan diri menjadi pemimpin. Masing-masing tahu yang tugas memimpin ini sangat berat amanahnya sehinggakan dikatakan kaki seorang pemimpin ini sebelah kakinya telah memijak pintu ke neraka Allah.

Sesungguhnya tugas menjadi pemimpin ini sangat lah berat. Oleh itu, pemimpin Malaysia tanah airku yang tercinta ini harus lah berubah dahulu sebelum mengubah rakyat jelata. Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah berkata yang dia tak mampu mengubah pemikiran orang melayu. Tapi sebenarnya maksud tersiratnya adalah beliau gagal mengubah sikap pemimpin Melayu kita sebenarnya.

Ini hanyalah pendapat dari Kaca mata Seorang Pemuda yang CINTAKAN bangsanya.

Saturday, August 29, 2009

Kebetulan atau hanya perasaan..

Assalamualaikum. Entri kali ini amat mengharapkan balasan daripada para pembaca sekalian. Aku sering kali merasakan yang hari-hari kita lalui pada hari ini seperti telah berlaku sebelumnya. Adakah korang pernah merasakan seperti apa yang aku rasa ini. Sebelum aku memulakan sesuatu, aku berfikir sejenak,"eh! bukan ke benda ni macam pernah aku buat je". Namun ternyata bahawa ianya adalah kali pertama aku melakukannya. Jadi macam mana pula aku boleh merasakan hal itu telah berlaku sebelumnya. Ini adalah sesuatu yang pelik bukan.

Aku merasakan bahawa minda kita telah mensimulasikan apa yang akan kita lakukan pada esok hari berdasarkan pengalaman kita pada hari yang sebelumnya. Itulah apa yang aku dapat simpulkan daripada perkara pelik yang sering berlaku kepada aku. Hah bercerita pasal perkara ni, dua cabaran besar yang telah aku alami baru-baru ini juga telah aku merasakan ianya macam pernah berlaku kepadaku walaupun ianya tidak pernah berlaku.


Otak kita ni sesungguhnya sesuatu yang menakjubkan kerana mampu meramalkan apa yang akan berlaku kepada kita pada esok hari dengan hanya berbekalkan pengalaman kita pada hari ini. Namun hal ini masih lagi menjadi misteri kerana tidak terdapat penjelasan yang jelas mengenainya dari kaca mata saintifik. Oleh itu, aku masih lagi tertanya-tanya ianya kebetulan atau perasaan atau lebih jauh lagi daripada itu.

ternyata Ilmu ALLAH itu sesuatu yang luas dan tiada penhujungnya.. Subhanallah

Sunday, May 3, 2009

>>>Virus 3500... ape sebenarnya???


Di dalam status ym terdapat banyak perkataan yg berkaitan dengan 3500... ape sebenarnya 3500 ni hah!!! Nombor 3500 ni dah dapat di umpama kan macam virus dalam kalangan budak2 JAD ni.. ape nak jadi dengan korang ni.. ish3.. shoganai na.. Namun aku sendiri pun terpengaruh dengan nombor 3500 ni. Aku tulis 3500 tahun dalam ilmu la 3500 jam menunggu hari esok la... mcm2 ade.. Huhu.... mcm 2 la plak aku kena virus 3500 ni..

Sebenarnya perkataan 3500 ni bermula dari Rizal@katak. Dia la yg mulakan tp telah ditiru oleh rakan2nya dan telah menyebabkan virus ini tersebar dengan meluasnya ke seluruh JAD.. Hebat betul perkataan yang dimulakan oleh Rizal.. ini adalah perkataan kedua yang mendapat sambutan hangat dari budak JAD. Perkataan pertama yg mendapat sambutan adalah dari Fakri yg telah menyebarkan pada satu ketika dulu.. hebat juga budak2 JAD ni dalam menyebarkan dakyah2 mereka ye...

Tapi apakah sebenarnya maksud tersirat 3500 yg dimaksudkan oleh Rizal tersebut... Mesti ada maksud tersirat. Nak tahu gak ape yg dimaksudkan oleh Rizal dengan 3500 ni.. mari la kita beramai2 menyoal siasat Rizal tentang maksud sebenar 3500 ni... yosh minna.. esok jangan lupa ye soal siasat dia... sebab aku pun nak tahu gak... hehe

Saturday, May 2, 2009

blog baru menggantikan yang lama...

huhu... dah lama tak wat blog ni...
yg lama dulu ade tp dah setahun tak buka...
jd password pun tak ingat da... haha..
apa2 pun.. ini adalah blog aku yg baru...
jd selamat la menbaca ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...