Pages

Sunday, August 28, 2011

Kembali menulis

    Assalamualaikum semua. Apa khabaq. Lama betul aku x check in blog aku nih. Al maklum la sibuk memanjang. Sepanjang aku xmenulis blog nih. Macam2 pengalaman aku dah lalui. Pengalaman manis, masam, masin, pahit dan kelat pun ada. Dah macam rasa makanan dah. Tp nak wat mcm mana, dah nama pun kehidupan kan. Tp baru2 ni aku agak terkilan la dengan peristiwa yang berlaku kat aku. Peristiwa yang berlaku akibat mengikut kata hati yg mudah dipengaruhi hasutan syaitan.

   Bak kata orang tua-tua la kan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kalau kita terlalu ikutkan perasaan, padah jadinya. Aku ni pantang kalau orang cari pasal dgn aku tanpa sebab. Bg sesiapa yang mengenali ku, mereka tahu yang aku ni jenis yg xakan mengaku salah kalau aku betul2 xwat salah apa2. Aku akan stay dgn aku punya decision sekeras kerasnya kalau aku betul2 xbersalah. Aku xkisah apa yg akan berlaku, tp keadilan harus ditegakkan. Aku xmahu nanti orang pijak kepala aku kalau aku terlalu berlembut. Susah.

  Apa pun, aku harap, orang yg wat hal dgn aku 2, dpt munasabah diri dan lihat balik salah dia kat mana. Jgn smpai orang kata kuman di seberang laut nampak, gajah didepan mata xnampak. Hidup ni jgn terlalu mengikut perasaan kita sendiri. Kalau terlalu mengikut perasaan sendiri, semua orang rasa xselesa bersama kita. Bukan menganggap diri kita ni xbest ke ape, cuma kurang selesa dgn diri kita yg mudah kecik hati. Ada akal yg bijaksana anugerah Allah 2, pakai lah sebaiknya. Sudah besarkan, fikirlah mana baik dan mana buruk supaya kita x merosakkan ukhuwah sesama kita.

 Dulu aku ade la berbahas dgn kawan aku nih, pasal dakwah. Dia kata kalau kita nak tegur orang, tegur je xpayah takut2. Kita tegur orang nanti akan effect kat diri kita gak. Tp aku rasa cara dia nak berdakwah 2 salah. Xboleh kita main tegur2 je. Bg aku la kan, kalau nak tegur orang 2, pastikan diri kita ni layak atau tidak menegur orang. Ni tidak diri sendiri lebih teruk dr orang yg ditegur mcm mana orang nak dengar teguran kita. Contoh terbaik kita boleh tgk Rasullulah, sblm Baginda memulakan dakwah, baginda menunjukkan peribadi yang mulia dan berbudi pekerti agar mudah orang nak menerima Islam.

  Nak tegur 2, kita pun kena ada ilmu gak. Xbleh pakai serang ja. Nanti kena balas balik, terdiam. Bukan xtau budak2 skrg nih. Diorang lg pandai dlm bab2 menjawab nih. Satu lg nak tegur 2, tegur lah dgn cara yg baik2. Insan mana yang nak dengar kalau ditegur dgn cara yang kasar. Akhir sekali tegur lah tanpa merosakkan hubungan sesama kita Itu yang terbaik hendaknya. : D

Segala yg baik itu dtg dr Allah dan segala yang buruk itu dtg dr khilaf aku sendiri
:D

Thursday, January 6, 2011

Hilang dari mata..

     Dah dekat setahun lamanya dia pergi meninggalkan ku. Barang yang aku berikan telah diberikan kembali kepadaku setelah hampir 2 tahun ada padanya. Runtun hatiku untuk menerimanya semula. Namun apa daya diri ini aku terpaksa menerimanya semula. Sekarang aku redha atas semua yang berlaku ke atas aku.

  Baru-baru ni aku terbaca kat blog dia. Agak runtun hatiku membacanya. Mungkin aku terkenang kisah aku dgn dia selama 2 tahun. Bila difikirkan balik, betul lah kata orang. Bila xda dicari, bila ada tidak dihargai, bila dah tiada dirindui. Sesungguhnya aku amat merindui dia. Tapi aku lebih rela melihat dia bahagia bersama orang lain yang dapat membahagiakan dia jauh lebih baik dari diri aku yang serba kekurangan.

  Maafkan kekhilafan aku selama ini. Sesungguhnya aku seorang yang tidak menghargai sesuatu yg berada di depan mata ini. Ya Allah. Jadikan lah aku lelaki yang lebih baik agar diri ini tidak membuatkan mana2 insan lagi menangis atas kekhilafan diriku ini lebih lagi daripada si dia yang amat aku sayangi.

  Perginya cinta tak bermakna akan datang yang baru. Biarlah aku hidup dalam cinta lama kerana dia begitu indah bagi aku. Sekarang aku hanya mempunyai cinta abadi. Cinta yang lebih hakiki. Cinta kepada Allah dan Rasulnya. InsyaAllah.

p/s: please jangan nangis kerana diriku lagi ye awak....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...