Pages

Wednesday, September 2, 2009

Satu Mimpi..


Kadang-kadang kita merasakan apa yang berlaku kepada kita hanyalah satu mimpi. Mimpi yang indah kita simpan dalam hati dan mimpi yang buruk kita ingin buang ia jauh dari ingatan kita. Namun, adakah hidup kita ini hanya satu mimpi? Kalau ianya adalah mimpi, ingin ku cipta mimpi-mimpi yang indah belaka dan mimpi buruk akan ku jauhkan dari diriku. Bolehkah perkara itu dilakukan oleh kita.

Sebenarnya hidup kita bukannya seperti mimpi yang boleh kita ubah sesuka hati kita. Hidup kita adalah satu penjalanan yang penuh dengan cabaran dan halangan yang perlu kita tempuhi. Aku sendiri telah mengalami pelbagai cabaran di dalam tempoh yang singkat sehinggakan mampu mengugat keimanan aku kepada Allah S.W.T. Aku bersyukur kerana diuji oleh ujian yang sangat besar ini kerana Allah ingin aku kembali ke jalan yang lurus selepas aku terpesong jauh daripadanya. Ya Allah! ampunilah dosa hamba-MU ini.

Walaupun hatiku tetap merasakan yang ianya hanya seperti mimpi buruk yang harus aku hapuskan dari ingatan aku, namun aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka dan terus menuju ke hadapan demi mencapai impian dan cita-citaku yang aku dambakan selama ini. Kepada mereka yang mengalami nasib sepertiku janganlah bersedih kerana bukan kamu seorang sahaja yang mengalami mimpi yang buruk.

Tuesday, September 1, 2009

Kaca mata Pemuda

Bangun pagi-pagi je rumah aku dah bising. Aku baru je nak tido sedap2 ni. Apa la adik aku ni. Tak ada keja lain la 2. Nak buat macam mana kena la bangun kan. Aku bangun dengan keadaaan yang masih mamai dan mencari dimana handphone aku yang canggih tp tak berapa canggih 2. Bila dah jumpa, aku buka la dan terperajat aku. Ingatkan baru pukul 8 pagi rupanya dah tengah hari. Patut la riuh rendah rumah aku ni. Huhu.. rupanya aku yang terlajak tidur, tidur mati la katakan. Kalau ada gempa bumi, mesti tak bangun juga punya la. Bangun dari tidurnya mak aku dah panggil, "Ya mak, dah bangun dah", aku jawab. Mak aku kata,"Hah! elok la dah bangun dah, pergi mandi kita nak pergi Alor Setar kejap lagi ni". Hah! ala hari-hari cuti yang best macam ni pula la mak aku nak pergi beli belah. Ape boleh buat ikut je la.

Sampai je dekat Alor Setar 2, mak oiii ramainya orang macam ade pesta la pula. Lupa la aku ni, hari ni kan hari Kemerdekaan mesti la ramaikan. Tapi yang aku tengok, bukannya ramai nak pergi tengok perarakan, tapi ramai yang nak pergi shopping. Almaklum la raya kan dah dekat. Haii baru seminggu puasa dah siap beli barang raya. Dahsyat betul orang Malaysia ni kan. Selepas membeli belah di Giant, family aku pergi la pula ke Pekan Rabu. Kat sini lagi dahsyat, sesak dengan ramai orang. Aku dah penat berjalan jadi aku ambik keputusan nak duduk dalam kereta je la. Sedang asyik menunggu kat dalam kereta 2, aku cuba perhatikan sikap orang Malaysia ni, suka buang sampah merata-rata, letak kereta suka hati dan macam-macam lagi la. Ni la yang mantan Perdana Menteri kita kata dulu "Melayu mudah lupa" tapi bagi aku sekarang bukan masalah melayu lagi dah tapi "Malaysia mudah lupa".

Bagi aku la kan, sejauh mana dan sehebat mana la pun kempen yang cuba dilaksanakan macam kempen 1 Malaysia ni, kalau pemikiran rakyatnya tidak dapat diubah, semua itu tiada maknanya. Kalau kita nak ubah sikap kita, pemimpin haruslah tunjukkan teladan yang baik kepada rakyat supaya rakyat dapat ikut. Ini tidak, sudah la merebut-rebut jawatan tertinggi, suka ambik rasuah dan macam-macam lagi. Bila orang kata orang Malaysia antara pengambil rasuah tertinggi di dunia, mula la nak menuding jari. Itu bukan caranya, zaman Para Sahabat dahulu, masa nak jadi pemimpin, mana ada orang yang nak menawarkan diri menjadi pemimpin. Masing-masing tahu yang tugas memimpin ini sangat berat amanahnya sehinggakan dikatakan kaki seorang pemimpin ini sebelah kakinya telah memijak pintu ke neraka Allah.

Sesungguhnya tugas menjadi pemimpin ini sangat lah berat. Oleh itu, pemimpin Malaysia tanah airku yang tercinta ini harus lah berubah dahulu sebelum mengubah rakyat jelata. Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah berkata yang dia tak mampu mengubah pemikiran orang melayu. Tapi sebenarnya maksud tersiratnya adalah beliau gagal mengubah sikap pemimpin Melayu kita sebenarnya.

Ini hanyalah pendapat dari Kaca mata Seorang Pemuda yang CINTAKAN bangsanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...