Pages

Saturday, March 6, 2010

Single Or Couple


Assalamualaikum Ya para pembacaku sekalian....

Aku disini mohon maaf kalau kebanyakkan post ku banyak tentang cinta. Tp kali ini bukan kisah pasal hidupku tp nak cerita tentang topik forum Bi ku yg akan dtg. Tajuknya 'Single or couple. Which is better?'. Aku diberi tugas untuk menjadi seorang Ustaz dalam forum 2 nanti walaupun merasakan diri ini tidak layak untuk melakukannya. Manakan tidak, aku sebelum ini pun pernah terjebak dgn couple sampai rosak hidup aku. Hmm mungkin ini satu daripada Rahmat Allah untuk membimbingku ke JalanNya. Aku banyak melakukan kajian mengenai couple dalam Islam... Mahu tau hasilnya... Baca di bawah..

Sebenarnya Couple dlm Islam ini masih lagi diperdebatkan oleh para Ulama kita sbb ade yang mengatakan couple sblm kahwin ini boleh membuatkan seseorang itu lebih kearah positif tp ade juga ulama yg berkata sebaliknya seperti yg berlaku pada zaman sekarang ini. Sebelum itu mari kita lihat secara jelas apa yang diperkatakan oleh para ulama kita. Ada ulama yang mengatakan couple sblm berkahwin ini dibolehkan kerana tidak ada sbrg firman Allah di dalam Al-Quran yg mengatakan couple sblm berkahwin itu haram hukumnya. Namun di sebalik itu, Ulama Fekah (Fikh) mengatakan cinta sebelum berkahwin adalam di larang sama sekali.

Mesti ramai yg tertanya-tanya, ulama mana yg harus kita ikuti. Kalau saudara dan saudari masih pening mahu memilih yg mana, aku akan jelaskan maksud sebenar ulama2 fekah ini. Berdasarkan Surah Al-Israa' ayat 32, Allah S.W.T berfirman; Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Sesungguhnya berdasarkan ayat itu, Allah melarang hambanya untuk mendekati zina walaupun sedikit. Aku tau ada daripada anda semua akan mengatakan bahawa anda tidak membuat apa-apa kemaksiatan, masih patuh akan suruhan Allah dan tidak melakukan zina. Namun tahukan anda zina mempunyai banyak jenis. Rasullulah bersabda bahawa zina itu terbahagi kepada beberapa bahagian sebagai contoh zina mata, zina telinga, zina hati, zina mulut dan berbagai lagi.

Aku tahu akan ada orang yg akan membangkang namun sedarkah anda (kepada mereka yg sudah bercouple) ada sedang melakukan zina keatas pasangan mu dan juga dirimu. Setiap kali kamu memandang dirinya, nafsu syahwatmu bergolak. Tiap kali kamu mendengar suaranya dirimu merasakan tiada suara lain yg lebih lunak drpd suara dirinya. Setiap kali kamu berckp dgnnya, kamu mengatakan kamu cinta kpdnya lebih dari segalanya. Subhanallah... Couple ini sudah membuatkan diri kita mendekati zina. Kepada mereka yang masih merasakan diri mereka tidak mendekati zina, sila fikirkan tentang analogi ini..

Kamu berada dalam sebuah dewan dan kamu berdiri di satu penjuru dalam dewan itu. Jarak antara penjuru dewan itu dan dewan satu lagi hanya 50m panjangnya. Cuba bayangkan kamu bergerak sbnya 1cm. Jaraknya sudah jadi 49.99m. Bukan ke itu bermaksud kamu mendekati penjuru yg lagi satu. Sama sahaja dengan konsep couple. Bayangkan zina itu penjuru yg satu lagi dan kamu berada di tempat yang kamu berdiri tersebut dan couple itu umpama kamu bergerak kehadapan sebanyak 1cm. Bukankah itu bermaksud kamu sudah menghampiri zina.. Subhanallah.. Baru kini aku menyedari akan apa yg telah aku lakukan masa lalu... Mungkin inilah yg Allah S.W.T ingin aku pelajari dgn menghantar aku untuk belajar di UiTM. Sesungguhnya nikmat dan Rahmat Allah tiada batasannya.

Oleh itu, aku seru semua kawan2 aku untuk mengatakan tidak kepada Couple sblm kahwin kerana couple ini adalah haram disisi Allah. Janganlah kamu risau akan jodoh kamu kerana Allah telah menetapkan jodoh kepada kita semua. Sebagai mana yg telah Allah firman di dalam Al-Quran; Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik dan perempuan yg keji untuk lelaki yg keji. Oleh itu marilah sama2 kita betulkan apa yg tidak betul supaya kita menjadi seorang muslim yg beriman kepada Allah. InsyaAllah, Allah akan memberikan kepada kita jodoh yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang taat dan patuh kepada Nya... Wallahualam...

Sekian sahaja postku untuk kali ini, post yg seterusnya akan aku bgtau mcm mana nak mengurat dalam Islam...

Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...