Pages

Tuesday, November 23, 2010

Peperangan demi Peperangan

  
     Sudah hampir pelbagai siri peperangan telah aku hadapi. Walaupun setiap peperangan itu tidak sama keadaan dan caranya, tetapi sering kali dia berjaya mendukakan diri ini. Bilakah siri peperangan ini akan berakhir, masih belum ku ketahui jawapannya. Tetapi yang pasti. peperangan yang mendatang selepas ini pasti bakal cuba mengoyahkan aku lagi supaya aku jatuh tersungkur di tanah dan dia boleh berdiri tersenyum sinis sambil tertawakan aku.

   Sering kali aku tertewas akan cubaan mu itu, dan sering kali juga aku kecewa dengan keadaan ku ketika itu. Meraung diriku seketika bagaikan waktu terhenti untuk aku sebentar. Pernah juga aku merasakan diri ini lemah dan tidak berguna hanya kerana tewas dalam peperangan ini. Oh Tuhanku. Janganlah biarkan aku bersendirian ketika ku tewas dalam peperangan. Sesungguhnya hambaMu yang hina ini memerlukanMu untuk bangun semula meneruskan perjuangan.

   Dulu setiap kali tewas dalam peperangan aku mudah putus asa dan setiap kali aku memenangi peperangan, diri ini merasa bangga dan riak. Apakah aku mudah dipengaruhi oleh kejayaan yang seketika ini. Oh Tuhanku Jauhkanlah diri hambaMu ini dari perasaan riak dan takkabur. Sesungguhnya ia amat merugikan diriku ini kerana setiap kali aku berasa diri ini hebat, akan aku tewas dalam peperangan seterusnya. Sesungguhnya kesakitan dan kepedihan peperangan itu amatlah dahsyat.

  Sekarang, aku bangun semula dengan semangat baru. Peperangan seterusnya akan aku jadikan milik aku supaya aku dapat terus memperjuangkan Islam untuk menjadi yang terhebat dan teragung sebagaimana ianya suatu ketika dahulu semasa kegemilangannya. Peperangan seterusnya tidak aku akan lepaskan dengan begitu mudah tanpa memberikan sebarang tentangan. Akan aku jadikan pengalaman yang lepas sebagai pendorong dan panduan agar dapat memenangi peperangan yang mendatang. Akan aku terus berjihad di medan perjuangan ini. Perjuangan menegakkan Ilmu Allah yang tiada tolok bandingnya.


"Barang siapa yang pergi untuk menuntut ilmu, maka dia telah termasuk golongan sabilillah (orang yang menegakkan agama Allah) hingga ia sampai pulang kembali".

  Kepada para pembaca sekalian, klik la butang nuffnang yang comel kat tepi 2 ye. Tq.  

Sunday, November 21, 2010

Masa yang berlalu

    Sudah hampir setahun setengah aku menukar haluan hidupku. Perjalanan yang dilalui pada mulanya amatlah perit bagi aku yang hanya insan yang lemah di dunia ini. Sehinggakan aku hilang pertimbangan semasa melalui ombak badai dan liku-liku kehidupan. Tapi Alhamdullilah aku berjaya harunginya dan mengubah segalanya kembali seperti sediakala walaupun agak berlainan sedikit dari dulu. Apa pun aku harus melangkah ke hadapan  dan sekali sekala menoleh kebelakang agar dapat mengambil pengalaman lepas menjadi pedoman dan panduan.

   Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba selepas aku melalui saat-saat sukar satu ketika dahulu. Aku masih ingat lagi kata-kata pensyarah aku semasa aku belajar di Unisel. "Awak sorang yang kreatif, gunakan kelebihan yang ada untuk kebaikan awak". Kata-kata itu menjadi pendorong kuat kepadaku untuk aku buktikkan kepada dunia yang aku bukan lagi watak-watak kecil di bumi Allah yang mulia ini. Akan aku pergunakan seluruh kekuatan akal anugerah Allah SWT ini untuk agamaku supaya menjadi bukti kekuasaan Allah SWT kepada mereka yang tidak nampak akan kekuasaanNya.

   Sebut pasal masa, selama aku bercampur dengan macam-macam jenis orang, aku dapati masa memainkan peranan penting bagi sesetengah pihak terutamanya orang jepun. Aku hormat kan jepun ni bukan apa tapi sebab toleransi dan kepatuhan mereka kepada pepatah orang dulu2, masa itu emas lah yang membuatkan aku hormat kat mereka. Senang cerita aku simpulkan di bawah.

  1. Melayu : bila tiba masanya ; "Ala kejap la, sempat lagi 2, bukan sume dah sampai pun"
  2. Jepun : Tepat pada masanya mereka mulakan sesuatu tanpa terlewat seminit pun.
  Bukan untuk menjatuhkan bangsa sendiri tapi itulah hakikatnya. Aku merasakan orang melayu ni amatlah tidak pentingkan masa mereka. Mungkin sebab tu lah mereka ketinggalan jauh dari pelbagai aspek meskipun mereka berpotensi besar dalam sesuatu bidang.

   Jauh aku melalut ni... haha.. Apa pun aku tidak sabar untuk pulang ke tempat aku belajar sebelum ni untuk melawat kawan-kawan aku disana. Sungguh rindu dengan mereka di sana. Haha. Mungkin di sanalah aku belajar untuk menjadi orang dan mengubah nasib diri sendiri. Oh Taman Bukit Pelangi. haha.

   Berbalik kepada topik ni, masa berlalu begitu cepat. Sedar tak sedar sudah 20 tahun aku melalui kehidupan  di bumi Allah yang tercinta di bawah kekuasaanNya. Berlalunya masa telah banyak mematangkan aku dengan pelbagai perkara. Ok lah setakat ni sahaja kot. Jangan lupa la kepada pembaca sekalian untuk klik butang nuffnang kat tepi 2. Bagi la sumbangan untuk diri ini yang x seberapa nih. Huhu. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...