Pages

Tuesday, December 15, 2009

Apa hal ni??

Baru2 ni aku ada tgk cite pasal seorang doktor yg ada keupayaan untuk menaikkan peratus peluang untuk hidup drpd 0.1% menjadi 100%. Tajuk drama 2 Iryu: Team Medical Dragon. Kalau tgk cite ni mesti ramai yg tak percaya punya. Sbb cite ni lebih kurang siri black jack.

Tapi aku sarankan kepada semua kawan2 aku yg bakal jd doktor untuk tgk cite ni supaya diorng tahu makna sebenarnya untuk jadi doktor. Aku ambik sepatah kata dr cerita ni..


"Jika ada seorang pesakit di hadapan aku, aku akan rawat dia walaupun dia adalah musuh aku sekali pun. Itulah tanggungjawab seorang doktor!"


Mula2 aku tgk cite ni, mana ade doktor yg mcm ni, tapi bila aku tgk cite ni aku harapkan ada doktor yg mcm Asada Ryuutaro. Dia seorang pakar bedah jantung yg dianggap genius sebab boleh membuat apa sahaja pembedahan dan melakukannya dengan pantas dan tepat. Lgpun dia punya Way of a doktor dia sangat berbeza dengan doktor yg ada sekarang sebab dia hanya nak menyelamatkan nyawa pesakit dan bukannya duit seperti doktor yg ada sekarang ni.

Dalam dunia sekarang ni, aku rasa mana ade doktor yg sanggup melakukan rawatan tanpa mendapat pendapatan lumayan. Sebagai contoh, mereka yg bekerja di hospital swasta meletakkan bayaran yg sangat mahal untuk melakukan pembedahan walaupun pembedahan itu mudah.

Aku tertanya-tanya adakah pekerjaan seorang doktor yg dahulunya dianggap mulia telah bertukar menjadi sumber pendapat yang lumayan. Adakah nyawa seorang manusia itu menjadi sumber perniagaan dan kekayaan orang lain? Adakah nyawa dan kesihatan manusia menjadi emas kepada meraka yg rakus di luar sana?

Aku ingin bertanya kepada semua bakal doktor diluar sana.. Apakah sebab sebenarnya mereka hendak menjadi seorang doktor. Adakah ianya sebab duit yg mereka boleh dapat? adakah sebab ingin mendapat nama di kalangan adik-beradik dan mengikut kehendak ibu bapa? Adakah sebab jawatan doktor semakin kurang dan peluang untuk anda dpt kerja cerah?


Kalau itu sebabnya aku nasihatkan supaya anda berhenti menjadi doktor sebab anda tak layak menjadi doktor!

Jadilah doktor demi orang yang memerlukan anda!


目の前に患者がいたら手を差し伸べ。それが医者だ!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...