Pages

Tuesday, November 23, 2010

Peperangan demi Peperangan

  
     Sudah hampir pelbagai siri peperangan telah aku hadapi. Walaupun setiap peperangan itu tidak sama keadaan dan caranya, tetapi sering kali dia berjaya mendukakan diri ini. Bilakah siri peperangan ini akan berakhir, masih belum ku ketahui jawapannya. Tetapi yang pasti. peperangan yang mendatang selepas ini pasti bakal cuba mengoyahkan aku lagi supaya aku jatuh tersungkur di tanah dan dia boleh berdiri tersenyum sinis sambil tertawakan aku.

   Sering kali aku tertewas akan cubaan mu itu, dan sering kali juga aku kecewa dengan keadaan ku ketika itu. Meraung diriku seketika bagaikan waktu terhenti untuk aku sebentar. Pernah juga aku merasakan diri ini lemah dan tidak berguna hanya kerana tewas dalam peperangan ini. Oh Tuhanku. Janganlah biarkan aku bersendirian ketika ku tewas dalam peperangan. Sesungguhnya hambaMu yang hina ini memerlukanMu untuk bangun semula meneruskan perjuangan.

   Dulu setiap kali tewas dalam peperangan aku mudah putus asa dan setiap kali aku memenangi peperangan, diri ini merasa bangga dan riak. Apakah aku mudah dipengaruhi oleh kejayaan yang seketika ini. Oh Tuhanku Jauhkanlah diri hambaMu ini dari perasaan riak dan takkabur. Sesungguhnya ia amat merugikan diriku ini kerana setiap kali aku berasa diri ini hebat, akan aku tewas dalam peperangan seterusnya. Sesungguhnya kesakitan dan kepedihan peperangan itu amatlah dahsyat.

  Sekarang, aku bangun semula dengan semangat baru. Peperangan seterusnya akan aku jadikan milik aku supaya aku dapat terus memperjuangkan Islam untuk menjadi yang terhebat dan teragung sebagaimana ianya suatu ketika dahulu semasa kegemilangannya. Peperangan seterusnya tidak aku akan lepaskan dengan begitu mudah tanpa memberikan sebarang tentangan. Akan aku jadikan pengalaman yang lepas sebagai pendorong dan panduan agar dapat memenangi peperangan yang mendatang. Akan aku terus berjihad di medan perjuangan ini. Perjuangan menegakkan Ilmu Allah yang tiada tolok bandingnya.


"Barang siapa yang pergi untuk menuntut ilmu, maka dia telah termasuk golongan sabilillah (orang yang menegakkan agama Allah) hingga ia sampai pulang kembali".

  Kepada para pembaca sekalian, klik la butang nuffnang yang comel kat tepi 2 ye. Tq.  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...