Pages

Wednesday, September 2, 2009

Satu Mimpi..


Kadang-kadang kita merasakan apa yang berlaku kepada kita hanyalah satu mimpi. Mimpi yang indah kita simpan dalam hati dan mimpi yang buruk kita ingin buang ia jauh dari ingatan kita. Namun, adakah hidup kita ini hanya satu mimpi? Kalau ianya adalah mimpi, ingin ku cipta mimpi-mimpi yang indah belaka dan mimpi buruk akan ku jauhkan dari diriku. Bolehkah perkara itu dilakukan oleh kita.

Sebenarnya hidup kita bukannya seperti mimpi yang boleh kita ubah sesuka hati kita. Hidup kita adalah satu penjalanan yang penuh dengan cabaran dan halangan yang perlu kita tempuhi. Aku sendiri telah mengalami pelbagai cabaran di dalam tempoh yang singkat sehinggakan mampu mengugat keimanan aku kepada Allah S.W.T. Aku bersyukur kerana diuji oleh ujian yang sangat besar ini kerana Allah ingin aku kembali ke jalan yang lurus selepas aku terpesong jauh daripadanya. Ya Allah! ampunilah dosa hamba-MU ini.

Walaupun hatiku tetap merasakan yang ianya hanya seperti mimpi buruk yang harus aku hapuskan dari ingatan aku, namun aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka dan terus menuju ke hadapan demi mencapai impian dan cita-citaku yang aku dambakan selama ini. Kepada mereka yang mengalami nasib sepertiku janganlah bersedih kerana bukan kamu seorang sahaja yang mengalami mimpi yang buruk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...