Pages

Friday, April 13, 2012

Pendidikan Percuma satu yg Relavan?

Assalamualaikum..
      
    Baru2 ni aku ada buat sikit perbincangan kat muka buku (fb) pasal Pendidikan Percuma. Memang satu topik yang hangat dibicarakan memandangkan sekarang nih dah dekat musim pilihan raya. Pertama sekali, perbincangan ini tidak ada berkaitan dengan mana-mana parti politik dan isu ini bukan untuk dipolitikkan. Sekadar ingin berbicara tentang implikasi dan kebaikan pendidikan percuma. Kepada mereka2 yang cuba mengaitkan dgn unsur2 politik, aku harap korang faham maksud aku ye. 

    Parti Pakatan Rakyat telah menberi cadangan agar pendidikan diberikan percuma sama ada di peringkat rendah ataupun peringkat tinggi. Sekali imbas ianya sememangnya satu cadangan yang baik memandangkan sekarang ini pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting dalam meningkat taraf hidup kita. Namun sebelum kita memutuskan baik atau tidak, tidak salahkan kalau kita perhatikan dari sudut pandangan yang lain. 

    Aku tertarik dengan apa yang disampaikan dalam satu blog nih. Beliau menyatakan secara jelas mengenai implikasi yang bakal berlaku jika pendidikan percuma ini dilaksanakan. Cuba faham apa yang beliau sampaikan dibawah ni.

Terdapat 5 Sebab yang perlu kita faham berkenaan IMPLIKASI Pendidikan Percuma.

1. Yuran pendidikan merupakan antara sumber utama pendapatan universiti bagi menampung pembagunan universiti agar cemerlang (terutama IPTS). Pembangunan ini perlu jika universiti hendak memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar. Jika yuran tidak dikenakan, maka universiti akan bergantung kepada satu sumber kewangan sahaja iaitu, kerajaan, yang sentiasa terbatas (kerana kerajaan terpaksa juga menampung agensi-agensi lain). Sukar bagi universiti untuk merancang kecemerlangan mereka jika mereka tiada kawalan terhadap sumber pendapatan mereka. Kesan jangka masa panjang, university Negara akan menjadi “mediocre”, tidak kompetitif dengan Negara maju.

2. Keupayaan untuk menawarkan tempat pengajian ke IPT kepada pelajar akan menjadi terhad di atas kemampuan kewangan yang terhad. Pelajar mengulang akan bertambah ramai dan yang “overstay” juga akan bertambah ramai kerana tiada implikasi kos kepada mereka. Ini akan menjadikan IPT lebih tidak cemerlang dalam jangkamasa panjang.

3. Pendidikan tinggi merupakan satu aktiviti pelaburan terhadap masa depan pelajar sendiri. Maka adalah wajar bagi mereka melabur (walaupun kini tidak secara seratus peratus, kerana subsidi kerajaan) untuk masa depan mereka. Jika ini tidak berlaku maka bererti rakyat akan menampung kos pembelajaran mereka. Ini merupakan satu bentuk pembiayaan rakyat yang tidak memberi menafaat secara lansung kepada kesemua pembayar cukai, kecuali hanya kepada mereka yang memasuki ke pengajian tinggi.

4. Kesan jangka masa panjang terhadap pendidikan tinggi percuma : Pelajar akan menganggap nilai pengajian tinggi adalah rendah tidak perlu bersaing untuk cemerlang, terutama sekali dalam mendapat pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian.

5. Akan sampai satu masa kerajaan tidak boleh “sustain” dengan kos pembiayaan pengajian yang tinggi ini (kerana tiada Negara di dunia yang mampu memberikan pengajian tinggi secara percuma selama-lamanya) . Ini bermakna kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan rakyat untuk membayar yuran pengajian tinggi.


    Tuu dia implikasi2 yg bakal berlaku jika pendidikan percuma dilaksanakan. Aku pasti ada sesetengah akan menentang dan membidas isu ini. Kita tengok pula kebaikan pendidikan percuma ini. Jika pendidikan percuma ini dilaksanakan ibu bapa yang mempunyai anak2 yang masih belajar akan dikurangkan beban kehidupan mereka. Ini membolehkan ibu bapa berjimat dan menyimpan sedikit kewangan untuk kegunaan harian lain..

   Tapi.. tidak semua rakyat yang bakal menikmati kemudahan ini. Bagaimana pula bg mereka yang sudah tiada anak yang masih belajar ataupun mereka2 yang masih belum berkahwin atau tiada anak. Sudah Pasti mereka tidak akan menikmati kemudahan ini. Ini satu yang tidak adil sedangkan mereka jua membayar cukai yang sama kepada kerajaan. Pada pendapat anda, adilkah pihak lain menikmati kemudahan ini sedangkan anda juga membayar cukai yang sama tp tidak mendapat pulangan apa2?

    Haa itulah implikasi jika pendidikan percuma ini dilaksanakan. Pada pendapat aku, ini tidak ada kaitan dengan mana2 parti politik ye, Pendidikan percuma ini bukannya satu perkara yang perlu dipertimbangkan pada masa sekarang. Ada lagi cara yang lebih efektif untuk kita guna sumber kewangan ini secara lebih praktikal dan berbaloi untuk rakyat. Apa caranya, sila tunggu entri yang seterusnya ye.


Disini saya ulangi lagi sekali
ENTRI INI TIDAK ADA KAITAN DENGAN MANA2 PARTI POLITIK DAN BUKAN UNTUK DIPOLITIKAN 
jadi tolong berikan respon anda  secara lebih berilmiah bukan berunsurkan politik semata. 
fikir-fikirkan lah.. 

p/s: Berfikirlah diluar kotak agar kita tidak diperkotak-kotakkan... eh.. :P




 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...