Pages

Saturday, August 28, 2010

Aku kembali ke Sana....

Ya Allah. Aku bersyukur kepada Mu kerana telah memberikan aku sinar untuk kembali ke jalan yang diredhai Mu ya Allah. Setelah hampir 20 tahun diri ini tercari-cari erti makna hidupnya, hampir2 terjerumus ke jalan yang dipenuhi dengan penipuan dan maksiat, hampir2 hilang arah ketika diberi ujian oleh Mu Ya Allah. Akhirnya aku bertemu dengan jalan yang diredhai Mu. Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk aku beribadah kepada Mu Ya Allah.

Kekuasaan Mu sungguh besar Ya Allah. Aku bersyukur kerana masih lagi berpeluang untukku kembali kepada MU. Ya Allah berikan lah aku petunjuk dan jauhkan lah aku dari godaan2 yang mampu memgugat Imanku yang masih lemah ini Ya Allah. Subhanallah, Kuasa Mu sungguh besar dan tiada yang setanding dengan Mu.

Thursday, June 24, 2010

Berehat Seketika..

Tanggal 9 Mei 2010, tepat jam 6.00 PM, Aku bebas dari cengkaman akedemia yg telah memerah otakku selama 5 bulan dari pelbagai segi. Setelah sekian lama aku mengharap untuk mempunyai cuti seperti ini untuk dihabiskan oleh aku. Namun di kepala otakku memikirkan satu soalan penting yg harus aku jawab.
Apa aku nak buat dengan cuti yg panjangnya satu setengah bulan nih????
Setibanya aku dirumah, di kepala otakku terjengah idea2 yg sangat menarik untuk aku terokai.
  1. Bekerja di kedai mana2 untuk kumpul duit beli laptop baru (sowy ye miss lappyku)
  2. Discuss dgn member untuk bukak satu bisnes (jual tebu dgn cucur pisang) p/s: jgn main2..
  3. Menghabiskan masaku dengan lepak2 di rumah
  4. Mentakbetulkan diriku yg dah tak betul... (reject awal2 g)
Fikir punya fikir.. Last2.. aku pilih redah je la cuti ni.. mana dtg dulu.. 2 aku buat.. haha... Tp kesimpulannya.. cuti ku banyak dihabiskan untuk menghabiskan beras mak bapak ku.... ish3... Wlaupun begitu... Cuti ini jugala yg banyak bg aku benda baru....

Aku jadi pandai main boling walaupun 2 kali kedua aku main boling.. (124 kot rekod aku) . Aku menjadi peminat bola sepak yg hardcore... dulu xminat pun.. huhu.. 7 jam aku berada di kedai makan sbb nak tgk bola.. Ish3.. dari kul 9 mlm smpai kul 5 pg baru balik rumah... huhu...

Dan cuti ni juga yg bg aku terkezut..... Ada la kawan aku hantar mesej kat aku... Wei ko minat tak buat research.... aku apa lg.. memang la aku minat sbb cuti2 mmg selalu aku buat (tp selalunya xjadi pun :P) . Dia bg aku peluang untuk aku jadi RA... (research assistance).. Fikir2 bagus gak wat research ni.. Nanti bleh up nama aku.. hehe... So aku pun ambik la.. Kini aku seorang RA.

Cutiku kali ini memberi aku seribu penuh makna dalam hidupku... Susah untuk ku gambarkan macam mana. Tp keseronokan aku bertemu dgn geng lama aku terutamanya geng 6 sekawan amatlah best... huhu..

Friday, April 23, 2010

Hampir 20 tahun perjalanan...

....................................................................................................
Hampir 20 tahun perjalanan hidupku
banyak telah aku lihat
banyak yang telah dihadapi
banyak cabaran yang ditempuhi

ada kala aku menangis
ada kala aku marah
ada kala aku menjadi separuh gila
ada kala aku berdiri keseorangan

Ada tika aku berdiri megah
ada tika aku rebah ke tanah
ada tika aku berada di tengah-tengah
semuanya telah aku pergi

masih adakah cabaran
yang perlu aku tempuhi..
kalau ada
aku mohon kepadaMu

Ya Allah

Berikan aku kekuatan
untuk tempuhi ujianMu
yang maha dahsyat ini
Ya Allah

Subhanallah

Semua cabaran yang ditempuhi
telah mendewasakan aku
telah mematangkan pemikiranku
memberi aku kebijaksanaan

Kesemuanya umpama pengalaman
yang mengajar aku erti kehidupan
mengajar aku mengenali kawan
mengajar aku erti perjuangan

Sesungguhnya aku
akan meneruskan perjuangan
walaupun
Nyawaku menjadi pertaruhan

Bila dulu cinta kepada wanita
menguatkan diriku
namun kini
Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasul
Cinta kepada Umat Islam
telah menguatkan aku
lebih dari segalanya

Biarlah cintaku kepada wanita
menjadi milik seorang sahaja
walaupun dianya
bukan milikku..

.........................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...