Pages

Tuesday, January 12, 2010

1st week and the 2nd week of me...

Salam.. Minggu pertama aku sangatlah sibuk... first day dah kena sibuk mencari kelas dan kelas plak jauh2... jenuh aku cari.. penat 2 ada la tapi bila dah jumpa 2 lega la ckit sbb esok2 tak payah la aku kelam kabut cari. Btw, sume kelas masih lagi dalam sesi perkenalan jadi tak ade la banyak homework... ureshii:p...

Ni dah masuk minggu kedua.. ade la kerja skit2.. tapi banyak habis duit beli buku... skrg ni kira2 balik sume duit untuk beli buku dah masuk dekat RM400 dah... waa kalau kat JAD dulu.. sua tangan tadah je ambik buku.. sekarang sume kena ada duit.. kawan aku yang ambik kulinari lagi la teruk sampai dekat RM 1000 kena kuarkan untuk beli barang dia... waa... banyaknya pakai duit.

Duduk kat sini baru la aku tahu berapa tingginya nilai duit yang ada kat aku.. ye la.. dulu aku tau tunggu dapat duit dari Y** dan kalau tak cukup minta je kat parent. Skrg aku kena pakai mana ade je... kena jimat sana sini..

"Sesuatu yang berlaku 2 ade hikmahnya, dan kita seharusnya memahami hikmah yang dianugerahkan-Nya"

Btw, dalam satu kelas aku hari 2, pensyarah fizik aku ade cite pasal biofuel yang baru. Biofuel yang dicipta berdasarkan fungus pokok atau algae. Kajian ni masih baru, tapi memadangkan ianya lebih mesra alam berbanding dengan penggunaan palm oil banyak universiti sedang membuat kajian tentangnya. Ada satu research 2 mengatakan hasil biofuel yang boleh dihasilkan melalui algae ni 50x lebih banyak dari palm oil.... waa kalau da 50x lebih banyak ni apa lagi mari la pakat ramai buat kajian pasal biofuel yg baru ni.. mana tau kita berjaya hasilkan biofuel baru ni dulu... huhu

Other than that, baru2 ni seagate ade kuarkan hard disk baru iaitu lebih nipis dan lebih ringan daripada yang biasa. Ketinggian dia lebih kurang 7mm dan mempunyai kapasaiti penyimpanan antara 160gb dan 250 gb. Sesungguhnya kalau hard disk ni jadi semakin kecik semakin mudah la kita nak bawakan tapi kalau dah jadi kecik mcm ni mesti ade kekurangan dia kan.. maybe lebih mudah panas dan lebih mudah untuk corrupted. Apa2 pun terpulang la kepada pengguna untuk membuat penilaian mengenai keluaran terbaru dari seagate ni. Kalau bg aku la, aku lebih suka yang jenis besar sbb lebih berkualiti dan tahan lebih lama. Huhu...

Mcm2 plak aku membebel kat atas ni... setakat ni saje kot entri kali ni.. nanti bila2 free aku update lagi blog aku ni... kepada semua kawan2 aku di JAD jangan la mudah putus asa ya.. Isshouni Ganbarimashou yo...


Sunday, January 3, 2010

orientasi atau......

Korang sume mesti tahukan yg aku dah keluar dari JAD..
Jadi pada tanggal 27/12/2009 aku dah daftar masuk UITM Penang..

27/12/09
seperti biasa, ayah aku memang tahu selok belok pulau pinang ni.. jadi terus la sampai ke uitm penang. Sampai je kat uitm penang, aku terus daftar masuk dan kemas barang aku. Then aku kuar dgn family g makan nasi kandar dekat tempat favourite family aku iaitu Line Clear nasi kandar.. Pernah masuk tv 2 kedai ni. Then aku balik ke asrama dan lepas beberaoa minit lepas 2 ada roll call la plak.. tak sempat nak mandi terus tukar baju kemeja.. masa roll call ni la aku terfikir..
Ini roll call ke nak kena raging ni... hari tu aku tido kul 2 pagi.. bangun kul 4 pagi...

29/12/09
hari bermula dgn mengantuknya.. ye la kena bangun kul 4 pagi... tapi masalahnya ade lak yang tak ikut arahan.. diorang bangun lambat dan kami yg bangun awal ni pun kena tempiasnya. kami kena pumping dan sape yang lambat 2 kena wat starjump.. seksanya.. hari 2 kami ade pendaftaran dan mcm2 lah yg terjadi waktu pendaftaran 2.. pas2 malam 2 kami ade roll call lagi.. kami kena marah lagi sbb pendaftaran hari ni teruk... PM 2 suruh kami wat starjump lagi... ni la yg aku tak suka. dah bukan sikit starjump dia 2, ade sekali 2 sampai 60 tp 2 PM siswi la yg suruh.. ade ke patut... pas2 waktu tidur kami kena kurang lagi.. diorang suroh siap ade kat depan pintu kul 4.. maknanya aku kena bangun kul 3 untuk siap2 la.. adoyai..

30/12/2009
aku bangun kul 3 pagi dan terus siap2 kan diri aku untuk hari ini... masa tgh spot check 2 ade la 2 orng telah melarikan diri dari orientasi ni dan telah sampai kat kl pun... disebabkan itu PM mendenda kami supaya wat pumping dan kemudian meniarap di atas tar sampai la kami bgtau mana 2 org ni pergi. 2 la kali pertama aku kena tido atas tar. Dah la dah siap pakai baju bersih dan cantik2 tapi terpaksa tidur atas tar yg kotor 2 lak... pas2 kami dipaksa sambung tidur atas tar sampai la waktu subuh... hari kami ada program.. g library la, senam seni malaysia la.. pas2 malamnya kami ade majlis bersama tokoh... tokoh 2 masih muda tapi dia berjaya menyampaikan motivasi beliau dgn sempurna. Malah dia berjaya membuatkan sume menangis termasuk la aku... setiap ayat2 dia mengenangkan akan kesilapan yg aku telas buat semasa berada di JAD dulu.. Silap aku yg selama ini aku cuba letakkan pada org lain dan tak nak mengaku ianya salah aku... Terima Kasih kerana berjaya membuatkan aku mengisafi kesilapan diriku ini... Then malam 2 kami ade roll call sekali lagi.. kami diberi peluang tido awal sebab kami bagi kerjasama yang baik sekali.. tido kul 12.30 bangun kul 3 pagi...

31/12/2009
aku terlajak tido.. bangun2 jam dah kul 3 pagi , apa lagi terus pakai baju kemeja dan siap2 untuk keluar sbb diorng suruh berkumpul depan bilik skrg gak... ape lagi tak mandi aku hari 2... pas2 kami berkumpul kat tempat roll call.. aras aku kena panggil dan disuruh naik semula ke tingkat 5 guna tangga... alamak seksanya naik.. mcm nak tercabut kepala lutut aku ni.. sampai je diorang suruh beratur... sebab diorang nak check cukup tak orang kat aras aku ni... bila dah selesai aku g la tempat roll call 2 balik... sampai2 je aku tgk ade budak2 dari wing b kena denda... diorng kena pumping, starjump dan guling2 atas tar 2, sbb ade orang baling buah jambu kat PM.. PM2 nak cari gak sape yang baling tapi takde orng mengaku... nak wat mcm mana.. sume kena denda separuh berdiri sampai lebih setengah jam.. aku tak tahan dan aku kena g tempat orng sakit sbb kaki aku dah cram... lepas 2 kami ade qiam... mana2 yg baju kotor 2 kena qiam jugak la.. nak wat mcm2 mana... aku hampir terlajak tidur waktu solat witir tapi nasib baiklah aku sempat sedarkan diri... kemudian kami ade aktiviti bersama falkulti... kali ni disiplin longgar ckit sbb PM2 dah tak marah2 cuma bagi denda pelik2... contohnya denda gaya orang dah kahwin (paham2 je la ye) pas2 malam 2 lepas taklimat dan penutup.. sume PM2 2 melutut dan mohon maaf jika mereka ade menyakitkan hati sesiapa... aku faham yang diorang buat sume 2 untuk kebaikan kami tapi ade sesetengah denda 2 tak adil bg kami.. tapi takpe la.. aku anggapnya sebagai halangan pertama yang aku tempuhi.. kalau nak dibandingkan dengan orientasi ketika di JAD dulu, kali ini penuh dengan cabaran dan dugaan.. orientasi dulu 2 mcm hanya untuk budak2 je... malam 2 tepat kul 12 tgh malam kami dibebaskan dan akan menjalani kehidupan tanpa bantuan dari PM2 lagi...

sesesungguhnya cabaran yang dihadapi ketika orientasi ini adalah jauh lebih kecil jika nak dibandingkan dengan cabarang yang bakal ku lalui untuk menjadi seorang engineer yang berjaya. Aku kini mengerti bahawa setiap yang berlaku ade hikmah dari Nya dan Allah S.W.T. mahukan aku menjadi lebih berani dengan menempatkan aku di UiTM penang selepas aku kehilangan tempat di JAD.... Subhanallah..

Tuesday, December 15, 2009

Apa hal ni??

Baru2 ni aku ada tgk cite pasal seorang doktor yg ada keupayaan untuk menaikkan peratus peluang untuk hidup drpd 0.1% menjadi 100%. Tajuk drama 2 Iryu: Team Medical Dragon. Kalau tgk cite ni mesti ramai yg tak percaya punya. Sbb cite ni lebih kurang siri black jack.

Tapi aku sarankan kepada semua kawan2 aku yg bakal jd doktor untuk tgk cite ni supaya diorng tahu makna sebenarnya untuk jadi doktor. Aku ambik sepatah kata dr cerita ni..


"Jika ada seorang pesakit di hadapan aku, aku akan rawat dia walaupun dia adalah musuh aku sekali pun. Itulah tanggungjawab seorang doktor!"


Mula2 aku tgk cite ni, mana ade doktor yg mcm ni, tapi bila aku tgk cite ni aku harapkan ada doktor yg mcm Asada Ryuutaro. Dia seorang pakar bedah jantung yg dianggap genius sebab boleh membuat apa sahaja pembedahan dan melakukannya dengan pantas dan tepat. Lgpun dia punya Way of a doktor dia sangat berbeza dengan doktor yg ada sekarang sebab dia hanya nak menyelamatkan nyawa pesakit dan bukannya duit seperti doktor yg ada sekarang ni.

Dalam dunia sekarang ni, aku rasa mana ade doktor yg sanggup melakukan rawatan tanpa mendapat pendapatan lumayan. Sebagai contoh, mereka yg bekerja di hospital swasta meletakkan bayaran yg sangat mahal untuk melakukan pembedahan walaupun pembedahan itu mudah.

Aku tertanya-tanya adakah pekerjaan seorang doktor yg dahulunya dianggap mulia telah bertukar menjadi sumber pendapat yang lumayan. Adakah nyawa seorang manusia itu menjadi sumber perniagaan dan kekayaan orang lain? Adakah nyawa dan kesihatan manusia menjadi emas kepada meraka yg rakus di luar sana?

Aku ingin bertanya kepada semua bakal doktor diluar sana.. Apakah sebab sebenarnya mereka hendak menjadi seorang doktor. Adakah ianya sebab duit yg mereka boleh dapat? adakah sebab ingin mendapat nama di kalangan adik-beradik dan mengikut kehendak ibu bapa? Adakah sebab jawatan doktor semakin kurang dan peluang untuk anda dpt kerja cerah?


Kalau itu sebabnya aku nasihatkan supaya anda berhenti menjadi doktor sebab anda tak layak menjadi doktor!

Jadilah doktor demi orang yang memerlukan anda!


目の前に患者がいたら手を差し伸べ。それが医者だ!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...