Pages

Thursday, January 6, 2011

Hilang dari mata..

     Dah dekat setahun lamanya dia pergi meninggalkan ku. Barang yang aku berikan telah diberikan kembali kepadaku setelah hampir 2 tahun ada padanya. Runtun hatiku untuk menerimanya semula. Namun apa daya diri ini aku terpaksa menerimanya semula. Sekarang aku redha atas semua yang berlaku ke atas aku.

  Baru-baru ni aku terbaca kat blog dia. Agak runtun hatiku membacanya. Mungkin aku terkenang kisah aku dgn dia selama 2 tahun. Bila difikirkan balik, betul lah kata orang. Bila xda dicari, bila ada tidak dihargai, bila dah tiada dirindui. Sesungguhnya aku amat merindui dia. Tapi aku lebih rela melihat dia bahagia bersama orang lain yang dapat membahagiakan dia jauh lebih baik dari diri aku yang serba kekurangan.

  Maafkan kekhilafan aku selama ini. Sesungguhnya aku seorang yang tidak menghargai sesuatu yg berada di depan mata ini. Ya Allah. Jadikan lah aku lelaki yang lebih baik agar diri ini tidak membuatkan mana2 insan lagi menangis atas kekhilafan diriku ini lebih lagi daripada si dia yang amat aku sayangi.

  Perginya cinta tak bermakna akan datang yang baru. Biarlah aku hidup dalam cinta lama kerana dia begitu indah bagi aku. Sekarang aku hanya mempunyai cinta abadi. Cinta yang lebih hakiki. Cinta kepada Allah dan Rasulnya. InsyaAllah.

p/s: please jangan nangis kerana diriku lagi ye awak....

Monday, December 13, 2010

Terbang mencari Impian...


       Setiap manusia mengimpikan kecemerlangan dalam hidup dan mereka berusaha supaya tidak harus bersemuka dengan kegagalan. Mungkin sebab itu ramai yang takut untuk menghadapi kegagalan dan sering kali mengambil jalan mudah untuk menjauhinya. Bukankah kegagalan itu satu yang bagus. Sebab dengan kegagalanlah kita dapat memantangkan diri kita supaya kita tidak lagi jatuh kepadanya. Namun tidak ramai yang mampu mengambil hakikat ini. Kegagalan dalam mencapai impian memanglah amat pedih namun kepedihan itu akan membuatkan kita lebih bijak untuk membuat pilihan.

     Minggu lepas pada 10hb Disember, keputusan final exam UiTM telah keluar dan Alhamdulillah aku mendapat result yang lebih baik dari sem lepas. Tetapi aku berasa sedikit sedih kerana bukan ini yang aku hendak dapatkan sebenarnya. Orang melihat perjuangan aku hanya untuk mengejar jumlah pointer semata-mata. Namun bagi aku bukan pointer yang aku inginkan tetapi kecermelangan hidup yang aku inginkan. Maksudnya keputusan hidup yang pernah aku buat sepanjang sem lepas adalah segala-galanya sebab ia menunjukkan diri kita yang sebenarnya. Sesungguhnya aku masih lagi gagal untuk menjadi Insan yang Cemerlang. Dari segi akedemik memang aku cemerlang. Namun cemerlang seorang diri pun tiada gunanya. Orang yang aku ingin bawa mengikut aku kearah kecemerlangan tiada seorang pun berjaya ku bawa bersama.

    Sesungguhnya aku masih lagi seorang yang lemah.


   Oh Tuhan bantulah aku untuk meningkatkan semula kehidupan diriku ini ya Allah. Sesungguhnya aku hanya Insan yang lemah disisiMu. Kehidupan dan diriku sekarang bukanlah impiah yang aku kehendaki selama ini. Aku tewas pada seribu macam godaan. Sesungguhnya Aku Insan yang Lemah. 

   Namun tewas sekali tak bermakna aku akan tewas untuk kali kedua. Aku akan lakukan yang terbaik supaya kejadian yang lepas tak akan berulang lagi. Akan aku jadikan pengalaman dahulu sebagai panduan dan jadikan masa depan hari yang cerah untuk semua. InsyaAllah.

Berusahalah selagi termampu walaupun Impian itu satu yang mustahil kerana
 tiada yang mustahil bg kita selagi diizinkan oleh Allah Tuhan sekalian alam

Tuesday, November 23, 2010

Peperangan demi Peperangan

  
     Sudah hampir pelbagai siri peperangan telah aku hadapi. Walaupun setiap peperangan itu tidak sama keadaan dan caranya, tetapi sering kali dia berjaya mendukakan diri ini. Bilakah siri peperangan ini akan berakhir, masih belum ku ketahui jawapannya. Tetapi yang pasti. peperangan yang mendatang selepas ini pasti bakal cuba mengoyahkan aku lagi supaya aku jatuh tersungkur di tanah dan dia boleh berdiri tersenyum sinis sambil tertawakan aku.

   Sering kali aku tertewas akan cubaan mu itu, dan sering kali juga aku kecewa dengan keadaan ku ketika itu. Meraung diriku seketika bagaikan waktu terhenti untuk aku sebentar. Pernah juga aku merasakan diri ini lemah dan tidak berguna hanya kerana tewas dalam peperangan ini. Oh Tuhanku. Janganlah biarkan aku bersendirian ketika ku tewas dalam peperangan. Sesungguhnya hambaMu yang hina ini memerlukanMu untuk bangun semula meneruskan perjuangan.

   Dulu setiap kali tewas dalam peperangan aku mudah putus asa dan setiap kali aku memenangi peperangan, diri ini merasa bangga dan riak. Apakah aku mudah dipengaruhi oleh kejayaan yang seketika ini. Oh Tuhanku Jauhkanlah diri hambaMu ini dari perasaan riak dan takkabur. Sesungguhnya ia amat merugikan diriku ini kerana setiap kali aku berasa diri ini hebat, akan aku tewas dalam peperangan seterusnya. Sesungguhnya kesakitan dan kepedihan peperangan itu amatlah dahsyat.

  Sekarang, aku bangun semula dengan semangat baru. Peperangan seterusnya akan aku jadikan milik aku supaya aku dapat terus memperjuangkan Islam untuk menjadi yang terhebat dan teragung sebagaimana ianya suatu ketika dahulu semasa kegemilangannya. Peperangan seterusnya tidak aku akan lepaskan dengan begitu mudah tanpa memberikan sebarang tentangan. Akan aku jadikan pengalaman yang lepas sebagai pendorong dan panduan agar dapat memenangi peperangan yang mendatang. Akan aku terus berjihad di medan perjuangan ini. Perjuangan menegakkan Ilmu Allah yang tiada tolok bandingnya.


"Barang siapa yang pergi untuk menuntut ilmu, maka dia telah termasuk golongan sabilillah (orang yang menegakkan agama Allah) hingga ia sampai pulang kembali".

  Kepada para pembaca sekalian, klik la butang nuffnang yang comel kat tepi 2 ye. Tq.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...