Pages

Tuesday, September 14, 2010

Disebalik rumah A-10-8


Inilah tempat tinggalku selama 1 1/2 tahun aku belajar di JAD. Inilah juga tempat aku termenung dan mengadu nasib takkala diri terasa sepi dan kesunyian. Namun di sebalik kisahku yang banyak tercatat di tempat ini, ada satu kisah yang amat mendukakan aku.

Semenjak aku menjejakkan kakiku ke tahun satu, diri ini terasa amat berat. Mampukah aku teruskan impian aku di sini. Masih adakah kudratku untuk aku taburkan disini. Setiap hari aku tertanya-tanya, apakah yang membuatkan aku untuk terus berada di sini. Bermulanya semester 1 tahun 1, aku kuatkan semangatku untuk terus menimba ilmu di tempat ini. Aku tanamkan dalam diri aku yang aku mampu teruskan perjuanganku ini.

Namun, dari hari ke hari, minggu ke minggu, semangatku kian pudar. Apakan daya, diri ini tidak mampu lagi mememdam rasa. Diri ini sudah berasa terlalu penat untuk mengejar kelajuan rakan2 aku berlajar. Aku merasakan diri ini terlalu lemah sehinggakan berani mengatakan Allah tidak adil kerana menjadikan aku begini. Hmm semakin hari semakin kuat keinginanku untuk keluar dari sini. Setelah aku fikir secara masak2 dan sedalam-dalamnya dengan asyik memerukkan diriku dalam bilik dan hanya keluar untuk perkara penting, maka terhasil lah idea untuk keluar dari JAD

Begitu susah untuk aku membuat keputusan begini kerana aku amat menyukai rakan2 ku disini. Aku amat menyayangi mereka. Namun apakan daya, diri ini sudah tidak tertahan lagi. Tetapi masih ada satu masalah, bagaimanakah aku hendak keluar dari sini. Kalau diberitahu kepada ibubapaku sudah tentu mereka akan menentang sekeras-kerasnya. Akhirnya sekali lagi aku mengambil jalan yang perit lagi pedih. Aku memilih untuk mengagalkan diri. Hatiku sudah hancur luluh, tiada lagi yang tinggal buatku. Namun ini lah jalan yang terbaik dari aku terus hanyut di dunia tanpa arah.

Bulan berganti bulan akhirnya tiba final exam. Aku buat seperti yang aku rencanakan. Ternyatalah ianya terjadi seperti yang aku rencanakan. Sungguh takut aku menerima khabar aku kena keluar dari JAD, namun itulah hakikatnya. Aku tabahkan hati walaupun hati ini tak terdaya untuk meninggalkan rakan2 aku di sini. Puas aku menangis namun aku tidak mampu untuk memutarkan masa itu kembali. Aku meneruskan langkah ku. Terus menghadapi kenyataan yang bakal menimpaku bertubi-tubi. Beginikah perasaan orang yang pernah gagal dalam hidup. Sungguh perit rasa dihati sehinggakan mahu bunuh diri. Nasib baik diri ini masih ada harga diri dan agama melindungi diri. Kalau tidak, sudah ke dalam kubur lah aku..

Itulah hakikat cerita sebenarnya. Bukan diri ini sengaja. Namun kudrat badan sudah tidak tertahan lagi. Buat rakan2 ku di JAD, aku meminta maaf kalau aku pernah menyakiti hati korang. Setelah berbulan lamanya, akhirnya diri ini merasakan itulah tindakan terbaik aku pernah buat. Sesungguhnya Allah itu maha hebat. Diberikan hujan ribut supaya aku mengenaliNya semula, kemudian dianugerahkan taman2 yang indah untuk aku teroka dan ambil hasilnya. Aku lebih gembira di kehidupan baru walaupun aku terpaksa menghadapi banyak karenah manusia.

Itulah kisahku yang pernah ku lalui. Kepada mereka yang pernah gagal dalam hidup. Gagal bukan bererti gagal selamanya. Cuma ianya bukan ditakdirkan untuk kita.

3 comments:

lutfi said...

1st bl0od!

x penah ye ko citer nk kua..ak pon penah rase gak nk kuar even maybe evry student kt JAD nih..sape boleh thn dgn life mcm tuh..tp plg ak kagum lah kt arini sbb ak slalu baca blog dia dlu..mcm2 kate nk kluar JAD lah..itulah inilah..last2 ade lg die kt JAD smpi skarang...

skarang pon dorg ade gak komen2 x puas ati mcm2..tp nk xnk ktorg kna lah bsabar..

nyway, jatuh skali x bmakna tiap kali nk jatuh..

slamat hari raya fi..nti nk dtg tbp lg gtaw dlu

Unknown said...

2nd blood! haha~

mcm tu rupanya..
ko x citer pn kt org ek.. haish..
xpe2, yg penting skang ko dh jmpa jalan baru..
matlamat kita sumer sama je..
jln je lain2...
Allah dah de rencana untuk setiap org kt dunia ni sbb Allah lagi tahu apa yg terbaik untuk kita..
masalahnya samaada kita nk follow ke x.. tu je..

Selamat Hari Raya~
p/s: dtg tbp bw laptop ye, host kt atas tu anytime je redi.. haha~

Hafifi ハフィフィ said...

haha.. life kat JAD 2 ok je sebenarnya tapi sbb aku xmampu nak faham betul2 sains dlm nihongo aku rasa tertekan la... Aku mmg xfaham satu benda pun time U1 2.. 2 yang tension gila2 2.. pas2 tgk korang laju lak bljr.. lg la.. tp masa 2 ade gak salah aku sendiri..

haha tak kisahlah apa berlaku dulu, yang penting hidup aku skrg ni pun mencabar gak.. tgh cuba nak wat busy mcm kat JAD dulu... haha

p/s: aku dtg nanti aku bawak laptopnya.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...