Pages

Sunday, September 12, 2010

Raya oh raya


Raya oh raya
Kau datang lagi tahun ni
entah kenapa raya kali ini
tidak seronok mcm dulu

Kau datang setahun sekali
tapi aku merasa dingin sekali
entah apa merasuk diri ini
sehinggakan raya dikatakan sepi

Oh Raya
Sungguhpun engkau hari penuh makanan
aku tak teringin nak makan
sbb kalau aku makan
comfirm pasni aku masuk jamban

Kalau dulu raya datang
aku duduk sambut raya dengan mercun berbatang-batang
kali ini raya datang
mcm lebih baik tak datang

Oh Raya
Kau datang memberi kemaafan
sesama insan dan taulan
hanya itu mampu ku katakan
raya taun ni hmm tak tau la nak kata apakan

Udah lah aku mencarut di sini
Sbb tetamu rumah dtg lagi kat sini
Udah penat melayan tetamu ini
tetapi masih banyak lagi yang nak dtg ke sini

Apa2 pun untuk raya ni
Aku ucapkan selama hari raya maaf zahir batin ni
kalau umurku panjang lagi ni
esok2 kita jumpa lagi..
hihihi








Merenung Sejenak..

Hari ini aku duduk termenung
mengenang nasib sendiri
Ya Allah Kenapa hidupku penuh liku
dan pancaroba
yang mampu merobek keyakinan diriku terhadapMu...

Setelah keluar dari Persekolahan
aku diuji dgn rasa bangga
bangga kerana bakal terbang
terbang jauh ke negeri orang
sehingga kan aku terlupa pada diriMu
Ya Allah

Aku diberi ujian bertalu-talu
supaya aku sentiasa mengigatiMu
namun diri ini terlalu jauh
diselubungi rasa bangga diri
yang memakan diri sendiri

Kini aku hanya insan biasa
yang mampu melihat orang lain
terbang pergi mencari
ilmu dan pengalaman di negeri orang
yang penuh dengan keterujaan

Oh Kini diri ini hanya mampu tersenyum
melihat rakan2 yang bakal menjadi pengembara
Aku kini hanya mampu meneroka
pengalaman dan ilmu di negara sendiri
Ya Allah...


Namun terdetik rasa syukur di hati
kerana diri ini masih di sayangiNya
Allah menarik kembali
peluang yang diberi Nya kepadaku
dan memberi semula peluang kedua
yang lebih indah dan menarik buatku

Peluang kedua yang panjang
namun penuh ilmu dan pengalaman
untuk ditimba dan ditagih
Oh Allah
sesungguhnya rencanaMu
Sungguh menakjubkan

Kau memberikan aku hujan lebat seketika
agar aku menyedari kewujudan diriMu
Setelah aku sedar dari lamunan
Kau memberikan aku sebuah taman yang indah
Sungguh hebat kekuasaanMu
Ya Allah

Kini diri ini mempercayai
Allah tidak akan menduga kita
jika kita tidak mampu menanganinya
InsyaAllah
Setiap dugaan yang diberi
boleh diatasi...

Kawan2 ku yang bakal terbang
menimba ilmu dan menagih pengalaman
di negeri orang yang jauh di barat dan di timur
berhati-hatilah dan selalu lah ingat
Allah sentiasa di sisi kita
menemani kita sepanjang masa...
Ingatlah pejuangan anda
janganlah Perjuangan itu disia-siakan
sesungguhnya azab Allah
sungguh dahsyat....






Saturday, August 28, 2010

Aku kembali ke Sana....

Ya Allah. Aku bersyukur kepada Mu kerana telah memberikan aku sinar untuk kembali ke jalan yang diredhai Mu ya Allah. Setelah hampir 20 tahun diri ini tercari-cari erti makna hidupnya, hampir2 terjerumus ke jalan yang dipenuhi dengan penipuan dan maksiat, hampir2 hilang arah ketika diberi ujian oleh Mu Ya Allah. Akhirnya aku bertemu dengan jalan yang diredhai Mu. Ya Allah berikanlah aku kesempatan untuk aku beribadah kepada Mu Ya Allah.

Kekuasaan Mu sungguh besar Ya Allah. Aku bersyukur kerana masih lagi berpeluang untukku kembali kepada MU. Ya Allah berikan lah aku petunjuk dan jauhkan lah aku dari godaan2 yang mampu memgugat Imanku yang masih lemah ini Ya Allah. Subhanallah, Kuasa Mu sungguh besar dan tiada yang setanding dengan Mu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...